# 1 T O N I G H T
DEBAT ANTARABANGSA
Tuesday, 4 April 2017 | 11:30 | 0 comments

Assalamualaikum. This entry will be in Malay because I'll be talking about my country specifically. The italic one is in English. Thank you for reading.

Sejujurnya, saya -untuk lebih sopan- dah lama fikir tentang perkara yang bakal saya bahaskan (walaupun tidak ada yang ingin berdebat dengan saya). Jika anda baca entry saya yang lain, anda akan tahu bahawa saya seorang peminat artis Korea. Yee, saya memang peminat artis Korea. Kenapa saya minat artis Korea? Tiada sebab yang spesifik kerana minat itu datang tanpa boleh dipaksa.

Ibarat kau suka makan nasi tapi orang lain taksuka makan nasi. Lebih kurang macam itu.

Perkara yang saya ingin katakan ialah kenapa kebanyakkan orang memandang orang yang meminati artis Korea ini macam "jijik"? Saya selalu dengar sesetengah orang cakap "eeee ~ kau minat Korea? Apa yang best sangat Korea tuu?" Selain itu, salah seorang orang yang saya rapat cakap dekat saya, "Korea punya tahap kegembiraan lagi bawah daripada Malaysia. Kau rasa orang yang menari-nari tu gembira sangat ke?" Banyak lagi situasi yang macam ni sebenarnya.

Saya pernah nampak satu komen di Instagram, "Korea tu takde kene-mengena pun dengan pembesaran kau. Takperlulah nak minat sangat. Ingat sikit dekat parents."

Sejujurnya, saya takfaham. Saya berfikiran cetek atau mereka yang berfikiran cetek?

Setiap orang ada minat masing-masing. Setiap orang ada citarasa yang berbeza. Setiap orang ada hati dan perasaan yang berbeza.

Yang paling saya takfaham, "Itulah dengarlah lagi lagu Korea yang takelok tu dengan kau-kau sekali perangai takelok."

Wait? Apa kaitannya?

Bukan nak kata apalah. Kenapa bila artis barat atau nak bagi anda faham "artis yang menyanyikan lagu Inggeris", yang music video perempuan pakai bikini, dan macam-macam lagilah, tak ramai pun yang complain? Kenapa? Sebab masyarakat kita dah biasa tengok semua tu. Bagi masyarakat kita, "alah, biasalah tu. Budaya mereka" kan?

Tapi, kenapa lagu Korea dianggap tak elok sedangkan banyak je lagu Inggeris yang sampaikan message tak elok? Ada je lagu Inggeris yang sampaikan message untuk bunuh diri. Kenapa kita tidak kisah dengan lagu Inggeris tapi kecam lagu Korea ?

Selain itu, kenapa kita sanjung cerita Inggeris tapi kita kecam cerita Korea? Sedangkan, kebanyakkan cerita Inggeris sebenarnya taklogik? Contoh cerita taklogik - Thor, Harry Potter, dan banyak lagilah. Anda tahu sendiri cerita apa.

Dan, tidak semua cerita Inggeris tidak logik. Ada cerita yang memberikan pengajaran yang mendalam. Contohnya- Legally blonde, Beautiful Mind dan Patch Adam serta CSI. Sayangnya, tidak ramai yang berminat untuk tonton cerita seperti ini. Kenapa? Sebab ramai yang memilih fantasi.

Bukan nak kata cerita Korea, tiada cerita yang taklogik tapi bagi saya yang melihat sendiri cerita Korea, saya dapat tengok banyak nilai kehidupan. Contoh - Pinocchio, Remember, Reply 1988 dan banyak lagi.

Perlu ke saya terangkan apa yang saya dapat dari salah satu cerita tersebut?

REMEMBER-WAR OF THE SON
Sebuah cerita yang menceritakan mengenai seorang bapa yang dijatuhkan hukuman gantung atas tuduhan bunuh yang bukan dia yang melakukan dan bapa tersebut merupakan pesakit alzhaimer. Anaknya, yang mempunyai ingatan yang kuat, cuba menyelamatkan bapanya dengan menggunakan pelbagai cara tetapi sebelum sempat bapanya diselamatkan, bapanya mati kerana sakit usus dan tidak dijaga oleh pihak penjara. Demi membersihkan nama bapanya, anaknya berjuang walaupun dia mula menghidapi Alzhaimer. --

Kenapa salahkan Korea kerana bawa pengaruh buruk sedangkan negara kita sendiri memang hidup dengan cara kebaratan?

Perlu saya jelaskan apakah maksud "kebaratan"?

Gaya hidup. Pemakaian. Pemakanan.

Entry ini akan jadi terlalu panjang jika saya terus menulis. Jadi, saya akan sambung di entry seterusnya. Terima kasih kerana membaca.


Older Post | Newer Post
Annyeonghaseyo!

 photo 5b371350-e75f-483e-adad-6ccda8716233_zpsdzzuvu2d.jpg"
Welcome to my World. Call me Aiy IF YOU DO love me. I LOVE GOT7.
IGOT7 HERE!



Navigations!

AuthorLinksDiary